© & ® Deedracula. Do not reproduce, respect the copyrights.

Amigos Forever

Ramai manusia (semua warga cina mungkin?) benci akan nombor 4. Bagi saya, nombor 4 itu sangat simbolik. 4 Februari 2012, saya mengenali awak. Asalnya saya hanyalah forward mesej di IM Facebook awak, tapi tak menyangka pula awak reply balik. Dari situlah kita mula mengenali antara satu sama lain. Walaupun tak lanjut, tapi kita dah mula dapat rentak dan juga keserasian disitu; awak dengan kata-kata merapu, saya dengan typo yang banyak. Pada awal bicara, ber "saya" "awak", namun akhirnya "i" "you" kerana i you sounds nice, kata awak. Itu semua kenangan 4 Februari. Saya sendiri tidak sedar yang sebenarnya saya dah jatuh hati dekat awak dari saat itu juga. Entah la, perasaan ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Atau mungkin dahulu saya terlalu ego untuk mengaku?

Hari ini, 4 Januari 2013 awak sudah terlebih dahulu memeluk angka 20, sedangkan saya perlu menunggu lebih kurang 8 bulan untuk sebaya dengan awak. Saya tak mampu nak hadiahkan awak rantai berlian. Blog lapuk ini sajalah yang saya ada untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada awak. Sepanjang 11 bulan perkenalan kita, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana awak sentiasa berada di sini membantu saya. Kita telah harungi semuanya bersama. Susah senang, pahit manis, keruh jernih. Saya bersyukur kepada Allah kerana Dia menghadiahkan sahabat sehebat awak. Awak adalah awak. Tiada yang lain. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bayangkan lah awak tiada, ataupun tak dikenali... takda orang yang akan main game ayam dekat fon saya. Takda orang yang sanggup lepak dewan makan dan dengar saya membebel. Takda orang yang akan ambil gambar saya hari-hari. Perkara itulah yang sentiasa mengingatkan saya tentang awak. Selamat hari lahir yang ke-20 Siti Nur Adawiyah Norshamshah. Semoga persahabatan kita kekal akhir hayat. Jika ada rezeki, kita akan hidup bersama mungkin? In shaa Allah ;)


We are strangers in our first meeting
We don't have any idea what we are doing
We have almost the same background
We fight sometimes
However we always walk together
We don't have any doubt
We trust each other
When i'm sick, you took care of me
When you fall, i help you back up again
When you're loco,
i'm pronto to laugh 
I love you, you love me
We are like brother and sister
We are,
amigos! 


She is my sayang. You take her away from me, i'll kill you instantly. I Love You forever and always :*

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum. semoga cinta yang terbina akan diredhai Allah. Semoga kekal ke syurga In Shaa Allah. jadikan dia yang terakhir.Jga batasan. Ingat Allah sentiasa ada. Aallah sentiasa bersama :)

deedracula said...

waalaikumsalam. insha Allah sye serahkan semuanya pd Allah. semoga Dia memberkati persahabatan ini dunia akhirat :)

aidayafizam said...

semoga bahagia pecai! wei tak sabar nak tunggu hari bahagia korang. haha.