© & ® Deedracula. Do not reproduce, respect the copyrights.

Bangkitlah Melayu

Melayu umpama gergasi yang terlena,
hanyut dalam mimpi indah,
sedikit pun tidak terjaga,
biarpun melihat bangsa sendiri musnah,
dek kerana arus permodenan,
semakin deras menghanyutkan,
adat istimewa zaman-berzaman.

Dahulu Melayu khusyuk mengejar pahala,
kini Melayu terlalu taksub menyembah bumi,
hiburan melampau menenggelamkan maruah bangsa,
nur yang menerangi hati malap dibakar api.

Bahasa melambangkan bangsa,
bahasa Melayu menjadi igauan zaman parameswara,
kini inggeris menawan semula.
Tanah Melayu rosak dek permbaharuan budaya.

Bangunlah wahai bangsaku!
Sudah tiba masa untuk kita bersatu,
bersama-samalah kita membuka mata,
merenung dari titik buta,
adakah benar Melayu takkan hilang di dunia
Ataupun hanya sekadar madah Hang Tuah?


No comments: