© & ® Deedracula. Do not reproduce, respect the copyrights.

Biola Perasaan

Gesekan yang sungguh bermakna,
simfoni yang merdu nian,
menggamamkan ribuan pendengar.
Oh teman, kau sungguh hebat!
Aku tidak pernah mempunyai teman,
sehebat dirimu.
Tiada siapa yang faham kita,
hanya kau saja menjadi penyeri hidupku.

Mungkin lebih ramai pemain biola diluar sana,
mungkin ada yang lebih hebat berbanding dirimu.
Namun bagi diriku, kau hanyalah satu dalam seribu.
Aku gembira tika kau memegang daku,
meletakkan diatas bahumu,
dan memainkan simfoni V yang menjadi pujaan ramai,
tak kira kaum Adam mahupun Hawa.

Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaanku,
sebuah biola kecil,
yang hanya mampu mengalukan lagu,
tatkala jari jemari kreatif mula menyentuhku.

Janganlah kau hanya memainkan lagu,
apabila ditimpa keresahan,
kesedihan,
mahupun menerima khabar tidak enak.
Janganlah kau menggesek taliku,
ketika dirimu dilamun rindu.
Gunakanlah diriku tanpa mengira masa,
tempat mahupun keadaan.
Aku tetap setia kepada kau wahai temanku,
kaulah pemain biola terbaik.


No comments: