© & ® Deedracula. Do not reproduce, respect the copyrights.
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Cerpen: Risalah Hati (Bhg Akhir)


"Hidupku tanpa cintamu,
bagai malam tanpa bintang.
Cintaku tanpa sambutmu,
bagai panas tanpa hujan..."


Pintu syurga terbuka luas. Air melimpah keluar dari setiap pintu yang ada. Setiap lorongan air berhubung antara satu sama lain, menghasilkan satu banjir besar. Air yang deras terus menghentam bumi bertalu-talu. Itulah hujan, rahmat Tuhan. Hujan lebat terus membasahi diriku. aku tidak berganjak. Masih kekal statik diatas anak tangga, sambil menangis.

Biarlah aku terus menangis. Aku berhak menangis kerana setiap kata-kata yang kau luahkan bagai busur panah yang tepat menikam jantungku. Fikiranku diracuni dengan hinaan kau. Aku tidak pernah dihina seteruk ini sepanjang 17 tahun aku hidup.

Aku cuma manusia biasa. Bukan ini pengakhiran yang aku mahu. Oh Tuhan, mengapa aku terus dihujani ujian berat Mu? Dulu arwah papa, sekarang Mel. Mengapa orang yang aku sayang terus jauh dari hidupku? Mel, kau tak akan mengerti hati kecil ni.

Mel, sampai hati kau buat aku macam ni. Macam sampah. 

***

Aku teringat akan satu bangunan rumah kedai lama tak jauh dari pekan. Masa kecil-kecil, disitulah tempat aku bermain. Papa sibuk berborak-borak dengan kawannya, aku pula sibuk bermain dengan Mel. Namun, tempat itu juga terukir satu memori hitam dalam hidupku. Papa pergi ketika kami masih perlukan papa.

Papa terlalu tertekan dengan hidupnya sejak kegagalannya menyumbat penalti pada final Piala Hoki Sultan Azlan Shah 2007. Penalti itu telah mengubah hidup aku selamanya. Jika papa menjaringkan penalti itu, pasti papa akan diingati sebagai pemain hoki terbaik Malaysia. Namun, papa terkenal atas kematian tragis papa. Kerana penalti itu, papa mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Hari ni, satu sejarah bakal tercipta. Zahid Zahrin, anak kepada bekas pemain hoki kebangsaan, Zahrin Ahmad mengambil keputusan untuk bunuh diri. Mati dengan cara sama bapanya membunuh diri pada tahun 2007. It's now or never.

Aku menaiki tangga yang menghubungkan aku ke jalan kematian. Aku dapat merasakan beginilah perasaan papa ketika semua orang mengejeknya, menghinanya. Mungkin papa lebih tertekan berbanding aku. Namun, kita serupa. Mel sudah membenci diriku sedangkan aku masih mencintai dirinya. Apa guna aku terus bertepuk sebelah tangan?

Tuhan Maha Adil. Tanpa disangka, aku bertemu semula dengan Amelya. Amelya nampak aku berdiri di atas, dengan wajah suram. Aku kelihatan sudah tidak berdaya untuk meneruskan hidup.

Pandangan aku sudah mula kabur. Hanya kematian sahaja yang membayangiku. Ketika aku sedang mengambil langkah terakhir untuk memutuskan terus roh dan jasad, Amelya datang dari belakang.


"Zahid, awak dah gila ke? Kenapa awak buat macam ni."

"Saya dah penat nak hidup dalam kesedihan. Lebih baik mati saja."

"Bawa mengucap Zahid. Semua yang berlaku pasti ada hikmah."

"Hikmah? Awak bagitahu apa hikmahnya perempuan yang saya cintai selama 17 tahun tinggalkan saya?"

"Zahid, cinta pada manusia itu sementara. Jangan buat kerja gila."

Walaupun aku tahu niat Amelya baik, namun hatiku sudah tertutup rapat. Aku tidak mahu menerima apa-apa hakikat lagi. Bagiku, kematian itu suatu yang pasti. Aku juga pasti aku sudah ditakdirkan untuk mati sebegini. Aku tetap nekad dengan keputusanku untuk terus terjun dari bangunan dua tingkat ini. Selamat tinggal dunia...

Amelya memeluk aku.

Mataku yang terpejam terus celik kembali. Roh yang sedang berlegar telah kembali semula ke jasadnya.  Aku akhirnya sedar aku telah terpedaya dengan bisikan syaitan. Aku hampir melakukan dosa yang tidak boleh diampunkan. Seolah-olah pelukan itu terdapat suatu aura disebaliknya.

Amelya terus merayu padaku supaya membatalkan hasratku. Aku melihat kebelakang, dia masih belum melepaskan pelukannya. Aku dapat rasakan sesuatu yang hilang telah datang kembali. 

Cinta.

Aku terduduk. Aku tunduk. Aku malu dengan diriku. Aku tidak menyangka yang aku sanggup melakukan semua ini demi cinta. Perkara ini langsung tidak boleh dibanggakan. Kerana cinta, aku gila. Kerana cinta, aku buta hati. Kerana cinta, aku tidak kenal diriku siapa lagi.

Perkara ini sampai ke pengetahuan mama. Mama ternyata kecewa dengan diriku. Dia tidak menyangka aku tergamak melakukan semua ini hanya kerana Mel. Mama telah buat aku sedar. Mel bukanlah segala-galanya. Aku masih ada mama, kak Keyra, dan sahabat-sahabat yang sudi berkongsi suka duka denganku.

Tak lupa juga, Amelya.

Amelya mengajar aku erti cinta sebenar. Dia sentiasa membackanku surah Yassin ketika aku berada di hospital. Aku terpaksa menjalani rawatan untuk memulihkan kembali semangat aku yang sudah mati. Amelya juga meminta aku berzikir mengingati Allah. Allah sayangkan hambaNya. Cinta pada Allah lebih bermakna dan tiada tandingannya.

Mungkin tempoh kami berkenalan tidak lama, namun gaya kami seperti sudah kenal 10 tahun. Aku selesa bercerita dengan Amelya. Dia menjaga aku seperti aku ini darah dagingnya sendiri. Dia juga sentiasa memberiku kata-kata semangat untuk teruskan hidup, dengan Mel atau tanpa Mel.

Amelya benar-benar memahami diriku. Sejak kes tempoh hari, dia sentiasa melawat aku dihospital. Mama juga berterima kasih pada Amelya kerana sudi meluangkan masanya untuk menjaga aku ketika dia sibuk.

***

Sudah hampir 2 tahun aku mengenal hati budi Amelya. Mama pun amat menyukai dirinya. Pernah sekali mama bertanya kepadaku,

"Mama suka betul dengan Amelya tu. Dia pandai ambil hati mama. Ed pun gembira je bila dengan dia. Ed bila nak kahwin dengan Amelya?"

"Haha masih terlalu awal untuk fikirkan pasal tu mama."

Jauh disudut hati, aku tidak sampai hati untuk memberitahu mama perkara sebenar. Walaupun sudah hampir 2 tahun, namun aku masih pendamkan perasaanku.

"Zahid, mungkin Amelya tak sempurna seperti Mel."

"Amelya cakap apa ni?"

"Saya sanggup buat apa saja untuk Zahid, tapi saya tahu saya tak boleh jadi Mel."

"Kalau betul awak sayangkan saya, saya ada satu permintaan."

"Apa dia Zahid? Beritahu saja pada Amelya." 


Aku bernikah dengan Amelya setelah tamat pengajian diploma. Sekurang-kurangnya dengan perkahwinan ini, aku dapat lupakan Mel. Mama pun ada teman dirumah. Kak Keyra dah berkahwin dengan rakan sekerjanya. 

Ketika saat diijab kabul, aku memandang Amelya. Dia menangis kegembiraan. Aku tahu dia sangat mencintai aku. Aku juga mencintai dirinya. Amelya telah membuktikan dirinya sungguh berharga buat diriku. Kami saling melengkapi antara satu sama lain.

***

Selepas tamat SPM, aku melanjutkan pelajaran ke universiti swasta memandangkan aku lebih selesa untuk pulang ke rumah. Sambil-sambil itu juga aku boleh kerja part-time untuk cari duit lebih. Kali terakhir aku melihat Mel ialah malam sebelum perkahwinannya dengan Asyraff. Hubungan keluarga aku dengan keluarganya renggang sejak percubaan bunuh diri aku. Kami langsung tidak diundang ke majlis perkahwinannya.

Mel sekeluarga berpindah ke Athens, rumah yang dihadiahkan oleh bapa Asyraff. Aku dapat tahu perkara ini pun kerana dia sering update blognya.


5 tahun sudah Mel tinggalkan rumah di Malaysia. Kini, Mel kembali setelah lama berada di Athens. Dia bercadang untuk melawat aku. Mel mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali. Amelya membuka pintu. Itulah kali pertama mereka bertentang mata. Melissa tidak pernah mengenali Amelya. Amelya pula sudah mengerti Melissa. Mel masih tidak percaya dia bertemu dengan seorang 'kembarnya'.

"Maaf ganggu. Tuan rumah sebelum ni dah tak tinggal sini lagi?"

"Ya ni rumah Zahid. Silalah masuk."

Amelya menjemput Mel masuk. Mel pada awalnya menolak kerana dia mahu berjumpa Zahid, namun akhirnya dia mengalah. Sedang Amelya membuat air untuk Mel, dia terlihat satu potret di atas meja. Gambar perkahwinan Zahid dan Amelya. wajah Mel berubah.

"Awak ni isteri Zahid ya?"

Amelya hanya tersenyum. Dia terus menjemput tetamunya itu minum. Kedua-dua wanita ini terus terdiam kaku. Akhirnya Mel memecah kesunyian.

"Zahid pergi kerja ke hari ni?"

"Mel, sebenarnya..."

"Eh, mana awak tahu nama saya?"

"Sebenarnya Zahid dah meninggal 2 bulan lepas."

Mel terdiam.

"Saya kenal awak sebab Zahid selalu cerita pasal awak. Dia kata awak kawan paling baik dia pernah ada."

Mel kemudian menitiskan air mata.

Amelya bangun meninggalkan Mel sementara. Dia kemudian menyusul semula dan menghulurkan sepucuk surat.


Assalamualaikum Melissa. Pertama sekali, i nak minta maaf dekat you dari awal perkenalan kita. I tahu i bukanlah yang terbaik untuk you. I dah cuba untuk jadi yang terbaik, namun ada yang lebih baik dari i. Mungkin jodoh kita hanya sekadar sahabat. I ada something nak bagitahu you. I ada tumor. I tak boleh hidup lama. I nak beritahu you banyak kali, tapi you asyik bercerita pasal Asyraff sampaikan you tak dapat tahu apa cuba i sampaikan. I tak tahu bila i akan dapat jumpa you lagi. Apa-apapun, i sentiasa berdoa you bahagia dengan Asyraff. I harap you ingat i sebagai salah seorang sahabat baik yang you pernah ada. 

Sahabatmu,
Ed.

***

"Kalau betul awak sayangkan saya, saya ada satu permintaan."

"Apa dia Zahid? Beritahu saja pada Amelya." 

"Saya ada tumor. Saya tahu saya tak boleh hidup lama. Saya tak sampai hati nak bagitahu Amelya. Tapi saya  kena bagitahu awak juga."

"Amelya cintakan Zahid."

"Awak masih mahu bersama saya?"

"Saya akan jadi isteri yang terbaik untuk Zahid."

"Amelya masih nak teruskan perkahwinan ni?"

"Saya percaya pada Allah. Saya redha dengan semua ketentuanNya."

-TAMAT-

Cerpen: Risalah Hati (Bhg 3)



"Salahkah aku?
Bila aku bukanlah 
seperti aku yang dahulu..."


Kejohanan Hoki Piala MSSM bakal berlangsung dua hari lagi. Aku sangat bersyukur kerana terpilih untuk menjadi sebahagian daripada skuad Selangor. Lebih manis, aku diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai kapten. Walaupun aku akan menghadapi SPM hujung tahun ini, itu tidak bermakna aku harus abaikan kokurikulum sekolah.

Aku akan berada di Johor selama kejohanan ini berlangsung. Mungkin ada hikmah aku tidak akan menghadiri sekolah lebih kurang seminggu. Sekurang-kurangnya aku dapat jauhkan diri dari Mel. Aku sudah tidak tahan dengan perangainya yang semakin berubah.

"Dah packing semua barang Ed?"

"Dah mama. Mama, Ed sayang mama."

"Eh, kenapa tiba-tiba ni?"

"Ed tahu Ed tak dapat kongsi kegembiraan ni dengan papa. Tapi sekurang-kurangnya Ed masih ada mama."

Mama terus memeluk aku. Dia tahu aku amat merindui arwah papa. Papa akan menjadi orang paling gembira jika dapat tahu aku terpilih mewakili Selangor. Kerana papa, aku meneruskan legasi hoki ini. Arwah atuk dan papa masing-masing sudah mewakili Malaysia suatu ketika dahulu. Mungkin selepas ini, aku pula.

Aku memeluk erat mama.

***

Objektif utama aku menyertai skuad Selangor ialah untuk memburu kejayaan bersama pasukan. Aku juga mahu membuktikan aku boleh menjadi pemain terbaik kejohanan. Walaupun aku cuba melupakan Mel, namun ternyata aku tidak boleh. Kerana dia sentiasa menyokongku. Aku melihat loket dalam kocekku. Itulah satu-satunya pemberian yang sangat berharga bagiku daripada Mel sepanjang 17 tahun aku mengenalinya.

Berkat kesungguhan yang ditonjolkan skuad Selangor, kami berjaya ke suku akhir selepas mengharungi pusingan kumpulan menewaskan Perak 3 - 0, Pahang 4 - 1 dan Negeri Sembilan 1 - 0.

Gol tunggal menentang Negeri Sembilan dijaringkan oleh aku. Aku berjaya menjadi pemain terbaik perlawanan. Ketika semua pemain mengucapkan tahniah, pandangan aku tertumpu pada seorang perempuan. Wajahnya persis Mel. Dia juga tinggi dan berisi sedikit, seperti Mel. Ketika dia menoleh, aku cuba melarikan anak mata.

Namun gagal.

Dia menghampiriku.

"Awak main bagus tadi. Tahniah." Suaranya, sekali imbas seperti Mel. Aku membeku sebentar. Dia memandang aku dengan hairan. Dia melambai-lambai aku walaupun aku hanya berada satu kaki dihadapannya. Lamunanku terhenti.

"Terima kasih. Awak, nama awak siapa? Serious rupa awak macam kawan saya."

"Nama saya Amelya. Awak boleh panggil saya Mel."

Aku terdiam. Orang selalu berkata, dalam dunia ni ada 7 muka serupa (tak termasuk adik beradik, kembar). Namun, kalau dah nama pun hampir serupa, apakah makna semua ini? "Saya ada match lepas ni. Ni phone number saya. Keep in touch ya." Dia melemparkan senyuman lalu pergi semula kearah pasukannya.

Amelya, pemain bola jaring pasukan Selangor. Aku tidak nampak dia sewaktu kami berkumpul dihadapan Stadium Mini Shah Alam tempoh hari. Apa yang aku benar pasti, dia bukan dari daerah aku disebabkan aku tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini.

Amelya, adakah dia pengganti Melissa?

Aku cuba untuk melupakan kedua-dua perempuan yang bermain difikiranku sebentar. Aku perlu pastikan diriku benar-benar fokus. Esok ada perlawanan penting. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang kendong berciciran.

Selepas mengharungi 5 perlawanan mencabar, kini jurang antara kejuaraan semakin hampir. Suku akhir menyaksikan kami menewaskan Kedah 3 - 2 sementara separuh akhir kami mudah mengatasi Terengganu 5 - 0. Kini, hanya pasukan tuan rumah, Johor yang menjadi penghalang.

Aku termenung jauh. Bayang juara seperti sudah kelihatan. Aku hanya perlu main sehabis baik untuk final esok dan kejuaraan pasti menjadi milik Selangor. 7 jaringan aku sumbat juga menguatkan status untuk menjadi pemain terbaik kejohanan. Namun, aku berasa seperti tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang kurang.

Kertas yang tertera nombor telefon, masih ada di atas meja. Apa yang patut aku buat? Aku begitu teruja untuk mengenali Amelya, tapi bagaimana dengan Melissa? Aku cuba menghubungi Melissa, namun talian sibuk. Sudah pasti dia sedang bergayut dengan Asyraff.

"Helo, ni Amelya ke?"

"Ya ni Amelya. Lama saya tunggu awak."

"Eh awak tunggu saya? Sorry lambat call. Saya busy untuk final esok."

"Takpa, saya faham. Good luck. Jangan tidur lambat ya."

"Ok. Terima kasih awak."
*** 

Aku pulang ke sekolah dengan bangga. Bukan sekadar membantu skuad Selangor mengatasi Johor 2 - 1, aku juga menjaringkan kedua-dua gol di final. Pengetua Sekolah, Encik Salehuddin menyampaikan trofi Pemain Terbaik Kejohanan Hoki kepada aku. Semua pelajar memberi tepukan gemuruh kerana aku sekali lagi mengharumkan nama sekolah. Aku dapat lihat dari jauh, Mel memandnag aku. Namun aku cuba alihkan pandangan.

Sudah hampir seminggu aku tidak bertegur dengan Mel. Bukan tidak mahu tegur, tapi apabila aku call dia saja, pasti talian sibuk. Mungkin dia sudah tidak perlukan aku...

Aku bercadang untuk melawat Mel. Sedang aku menaiki tangga ke rumah Mel, kebetulan Asyraff datang dengan motor Kawasaki CBR 250 nya. Mel pula baru hendak keluar rumah. Hati aku terus membara. Mel menyapa aku.

"Zahid, i nak keluar ni. Balik nanti kita borak okay?"

"Ok."

"Nada you macam tak ok je. Kenapa ni?"

"Takda apa."

"Sejak birthday party i hari tu i nampak you lain sangat. You dah  banyak berubah."

"I banyak berubah? Atau you yang banyak berubah? Cuba you fikir dalam-dalam."

Mel terdiam. Pertama kali aku meninggikan suaraku kerana sepanjang aku mengenalinya, aku sentiasa menjaga perasaannya. Aku tahu dia terasa dengan kata-kataku.

Sejak bersama Asyraff, Mel bukanlah seperti Mel yang aku kenal 17 lalu. Boleh kata hampir setiap masa mahu berkepit dengan Asyraff tu. Sudah pasti aku cemburu sebab 17 tahun itu satu tempoh yang lama. Dalam tempoh masa yang singkat, dia boleh membuang aku begitu saja.

"Mel, i minta maaf." Aku bersuara memecah kebuntuan. Adakah salah aku? Bayu meniup dengan lancang. Seolah-olah mewakili perasaan Mel. Aku dapat lihat air matanya menitis sedikit demi sedikit. Mungkin dia sedar yang dia buat silap. Atau mungkin aku sudah sakitinya? Ya Allah, aku langsung tidak berniat untuk menyakitinya.

"Kalau you tak boleh terima i, fine. I don't even need you anymore. I ada Asyraff. He is the love of my life. You should be jealous because he can give me everything that i need. You takda apa pun." Mel terus menuruni tangga dan menaiki motor bersama Asyraff. Aku terduduk.

"Pernah ku mencuba terima seadanya.
Sayang ia selalu calarkan sudut hati ku.
Hingga lelah jiwa ku dikecewa,
yang tak mungkin berpaling kembali..."


-Tamat Bahagian 3-

Cerpen: Risalah Hati (Bhg 2)



"Aku bisa membuatmu,
jatuh cinta kepadaku.
Meski kau tak cinta kepadaku..."


Aku cuba lupakan apa yang telah berlaku semalam. Namun jauh disudut hati, kecewa yang ditanggung ni amat berat. Kak Keyra dah cakap dekat aku jangan menggatal nak bercinta waktu sekolah. Inilah akibatnya. Aku telah menceritakan apa yang terjadi. Kak Keyra jadi sedih pula dengar cerita aku.

"Kesian adik akak ni. Takpalah Ed, ramai lagi perempuan dekat luar sana."

"Apa kurangnya Ed? Takkan dia langsung tak sedar Ed dah lama suka dia."

"Mungkin Ed ni dia anggap kawan baik je, tak lebih dari tu."

"Tapi Ed sayangkan dia"

"Ed, if you love her then let her go. If she comes back, she's yours. If not, she wouldn't."

Rata-rata orang selalu berkata, best friend can't never be lover. Tapi bila ada kawan baik berlainan jantina, pasti akan jatuh cinta juga. 

Keesokan harinya, aku tetap menunggu Mel dibawah seperti biasa walaupun hati aku telah remuk semalam. Kata orang, yang sudah itu sudah. Hari baru, motivasi baru. Walaupun aku tahu kak Keyra hanya mahu sedapkan hatiku, namun aku pegang kata-kata semangatnya. Aku perlu lupakan apa yang telah berlaku semalam. 

"Selamat pagi Mel. Jom ke sekolah." Aku menyambut Mel dengan ceria. Mel ternyata terkejut kerana dia menyangka aku akan tinggalkannya berseorangan. Sepanjang perjalanan itu aku bercerita tentang ketidaksabaran aku untuk mewakili sekolah bagi kejohanan hoki akan datang.

Mel hanya merenungku. Dia hairan melihat aku seolah-olah tidak terkesan dengan pengakuannya semalam, sedangkan aku cuba untuk tidak menangis dihadapannya. Sebelum masuk kekelas, Mel bersuara. "Zahid, you ok?" Aku menunjukkan isyarat bagus lalu masuk ke dalam kelas.

Seperti biasa, aku akan stayback disebelah petang untuk menghadiri latihan hoki. Apa yang peliknya, Mel turut serta. 

"Eh, kenapa Mel tak balik lagi?"

"Saja nak tunggu Zahid balik."

"Takpalah Mel. Lama lagi kot. Mel baliklah ya? Nanti ibu risau."

"Taknak. Mel nak tengok Zahid main hoki."

Mel tetap berdegil. Aku terpaksa mengalah. Tak pernah dia bertindak sebegini. Macam ada yang tak kena saja. Aku tak memikirkan sangat sebab peristiwa semalam masih lagi berada dalam bayanganku. Selagi Mel ada denganku, selagi itulah aku tak boleh nak lupakan. 

Tak lama selepas aku memasuki padang, aku lihat Mel berada di astaka. Dia seperti mencari seseorang. Aku melambai-lambai Mel. Dia memberi respon dengan melambai kembali. Rupanya jangkaan aku meleset. Bukan aku yang dilambainya, tetapi seorang budak lelaki sasa yang semakin hampir menuju aku. Budak ni menghulurkan tangan untuk berjabat denganku. Aku juga menghulurkan tangan untuk berjabat sambil melihatnya dengan pandangan yang sejuk. Oh, Asyraff teammates aku rupanya kekasih Mel. Aku ingatkan Asyraff jiran rumah sebelah.

Perasaan sedih aku telah bertukar menjadi geram pula. Nak tengok Zahid main hoki konon. Kenapa tak cakap je benda yang sebenarnya? Haih rumit betul perempuan ni.

Seperti biasa pukul 6.45 petang aku akan pulang. Aku mengajak Mel untuk pulang bersama. "Takpalah Zahid, Asyraff hantar i balik rumah naik motor." Alangkah hancur hati aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mel. Luka semalam belum sembuh lagi, hari ni dia dah tambah yang baru pula. Astaghfirullahalazim. Aku hanya lemparkan senyuman lalu berjalan kaki seorang diri. Terasa diriku seperti seorang loser.

Aku pulang dengan muka lima belas sen. Aku rasa dunia sangat kejam kerana menghukum aku sebegini. Aku berharap esok aku dapat melupakan terus Mel, walaupun aku tahu perkara itu takkan terjadi.

"Ed, hujung minggu ni birthday Mel. Ed nak mama belikan apa?" Baru aku teringat, hari jadi Mel yang ke 17 akan berlangsung Ahad ni. Aku sudah bulatkan di kalendar yang mama tampal pada peti ais. Biarpun dia sudah menjadi kekasih orang, aku tetap mahu memberi sesuatu yang bermakna untuk dirinya. Atas dasar persahabatan.

"Takpalah mama, nanti Ed beli sendiri."

"Betul Ed nak beli sendiri? Ok nanti mama tinggalkan duit atas meja."


***

Malam Ahad, semua tetamu telah berkumpul di dalam rumah Mel. Seperti biasa, aku, kak Keyra dan mama merupakan tetamu tetap saban tahun (VVIP). Ketika kami muncul dipintu depan, ibu Mel menyambut kami. Namun Mel hanya resah gelisah, seperti ada yang tak kena. "Mel, you ok tak ni?"

"Hmm ok je. I risau Asyraff tak datang. Dia kata nak datang, tapi tak datang-datang pun. I nak perkenalkan dia dekat family i." Ah sudah, dia bawa bangsat tu datang! Tapi apa boleh buat, dah itu kekasih dia. Aku hanya pura-pura senyum, demi Mel. Aku cuba meyakinkan Mel bahawa Asyraff pasti datang. Tak lama selepas itu, memang Asyraff datang juga.

Sedang aku mencedok koktel yang dihidangkan, aku dapat lihat Mel sungguh gembira menerima rantai pemberian Asyraff. Rantai yang dia berikan bukannya beli di pasar malam. Maklumlah Asyraff orang berada. Aku mengeluarkan gelang yang aku beli, menggenggam dengan erat. Aku batalkan hasrat untuk memberinya, sebab aku tahu dia lebih menghargai rantai itu.

Ku akui perasaan cemburu melanda diri tatkala Asyraff mendampingi Mel. Aku juga menyedari sejak akhir-akhir ini Mel semakin jauh denganku. Apabila kami bersama, dia pasti akan bercerita tentang Asyraff. Kalaulah dia tahu perasaan seorang lelaki juga boleh tersentuh...

Hari-hariku tak seindah dulu. Boleh kata setiap hari aku hanya mendengar nama Asyraff saja yang keluar daripada mulut Mel. Asyraff itu, Asyraff ini. Asyraff sana, Asyraff sini... Zahid? Zahid seperti seorang mayat hidup. Badannya masih mampu bergerak, namun rohnya melayang entah kemana. Zahid juga mungkin seperti sebuah robot yang hanya melakukan kerja tetapi tidak bersuara.

Sehinggalah tiba suatu masa untuk aku jelaskan segalanya;

"Mel, i ada benda nak bagitahu you. Harap you faham."

"I pun ada benda juga nak bagitahu you."

"Oh ya ke? Apa dia?"

"Mel dengan Asyraff akan berkahwin lepas SPM. Both of our parents already agreed."

"What!?"

"You happy didn't you? I tahu you happy untuk i."

Mel mendakap aku. Aku terkesima. Benarkah apa yang aku baru dengar? Rasanya jika dijelaskan sepuluh kali sekalipun, itulah kebenaran. Hakikat sememangnya sukar untuk terima. Namun pahit jua harus ditelan. Sekali lagi air mata aku berlinangan.

Aku cuba sorokkan kesedihan aku sekali lagi. Aku hanya tersenyum sambil mengucapkan tahniah. Mel bertanya kepadaku, apakah yang aku cuba beritahu dia pada awal? "Oh i dah lupa pula. Lain kali kalau i ingat, i bagitahu you okay?"


"Beri sedikit waktu,
biar cinta datang,
kerana telah terbiasa..."

-Tamat Bahagian 2-

Cerpen: Risalah Hati (Bhg 1)


"Jiwaku berbisik lirih,
ku harus milikimu..."

Aku dan Mel sudah menjadi sahabat baik sejak kecil lagi. Al-maklumlah rumah kami jenis ala-ala 'town house', walaupun rumah itu bukanlah di bandar. Rumah aku dibawah, rumahnya pula diatas. Mel mempunyai seorang abang, yang mesra dengan panggilan Bob. Aku pula mempunyai seorang kakak, Zakirah. Kebetulan abangnya dan kakak aku sebaya, begitu juga dengan kami. Biasanya kami akan keluar as a 'double date' walaupun secara teknikalnya, aku dan Mel hanyalah sahabat baik.

Kami bersekolah di tempat yang sama, kelas pun sama. Oleh itu, kami akan pergi sekolah bersama setiap hari. Cuma waktu balik sahaja berasingan disebabkan aku merupakan kapten pasukan hoki sekolah. Memang hari-hari kena berlatih.

Dalam diam, aku tetap menaruh harapan pada Mel. Cuma aku sangat takut untuk meluahkan. Mungkin sebab kami dari kecil lagi sudah bersama sebagai kawan. Aku selalu melindunginya bila dia diganggu oleh kumpulan lelaki yang lebih besar dari aku. Mula dari saat itu, aku rasa aku harus melindunginya.

Pernah sekali aku berkata kepada kakakku, adakah mustahil untuk aku bercinta dengan Mel? Beginilah jawapannya:

"Haha tak payah berangan nak bercinta. Baju kau pun mama yang basuhkan."

Sememangnya kecewa. Hendak aku luahkan pada abang Bob, tapi aku rasa buang masa saja sebab aku pasti jawapan dia dan kakak aku pasti sama. Atau mungkin kakak aku sudah ceritakan pada abang Bob? Ah, persetankan itu semua. Aku mesti lakukan sesuatu juga untuk Mel.

Setiap hari, mama akan memberi aku duit poket RM2. Kebiasaannya, aku hanya simpan duit itu disebabkan Mel bawa bekal. Ibunya suka masak lebih, untuk berikan sedikit kepada aku. Ibunya memang suka pada aku agaknya... Pasti ada peluang untuk tackle anaknya. Aku bercadang untuk menggunakan duit aku kumpul untuk mengajak Mel makan malam di bandar. Duit lebihan itu boleh aku beli bunga untuk dia. Mel sukakan bunga mawar. Pasti dia amat gembira jika aku belikan bunga itu.

Matahari sudah hampir benam. Latihan hoki juga seperti biasa tamat pukul 6.45 petang. Aku mengambil keputusan untuk kebandar bagi merealisasikan impian yang telah lama terbuku dihati. Aku berharap aku dapat melamarnya untuk jadi kekasihku pada malam ini. 

Awal pagi tadi;

"Mel, sudi tak you keluar dinner dengan i malam ni?"

"Boleh juga. Kita nak dinner dekat mana?"

"Kita pergi Pizzeria Roma, dekat bandar. 8 o'clock. Don't be late ya."

"Hehe sure thing Zahid."

"Mel, dah siap ke belum? Abang dah tunggu dekat bawah tu." Lamunan Mel terhenti apabila mendengar suara ibunya. Mel sudah memberitahu ibu dan abang Bob yang aku ajaknya makan malam. Ibunya tidak kisah kerana sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri. Namun, ibunya tidak membenarkan Mel pergi seorang diri kerana sudah malam. Abang Bob yang ketika itu sudah mempunyai lesen motor terpaksa menghantar Mel disebabkan aku tidak balik ke rumah.

Aku menanti Mel dengan penuh kesabaran. Sementara menunggu kehadirannya,sempat aku praktis ayat yang aku ingin luahkan kepadanya. Aku pasti Mel akan menjadi milik aku malam ini. Sedang aku menghafal skrip, bau harum melintasi hidungku. Aku menoleh ke kiri dan aku terpaku dengan kecantikannya. Mel mengenakan gaun berwarna hijau, rambutnya yang lurus tersikat rapi. Mel melemparkan senyuman tatkala aku sudah tidak tahu untuk berkata apa.

Tiga minit sudah berlalu dan aku masih tidak berkata apa-apa padanya. Aku ingin memuji kecantikannya, namun mulut aku ni tidak boleh nak berkata pula. Mel merenung aku.

"Zahid, are you okay? Kenapa diam je ni?"

"Hehe i pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab you cantik kot malam ni."

"Cantik? Takda la Zahid. I ni average je. You pun tahu kan?"

Mel hanya tersenyum manja. Dia pasti bangga apabila aku memujinya. Aku cuba untuk menyusun atur kembali kata-kata yang telah aku fikirkan sebentar tadi. Aku masih terpaku dengan Mel. Dia tidak pernah mengenakan pakaian secantik ini sepanjang aku mengenalinya. Mungkin dia juga ingin meluahkan perasaannya.

Hidangan piza yang kami pesan telah sampai. Aku cuba untuk tidak makan terlalu banyak kerana bimbang aku tidak boleh meluahkan perasaan kemudian. Hampir sepanjang masa aku hanya merenung Mel. Mel yang sedang asyik memakan lasagna melihat aku tiba-tiba. Mata kami berpandang antara satu sama lain.

Kami berjalan pulang ke rumah bersama-sama setelah menikmati makan malam di Pizzeria Roma. Aku perhatikan Mel, dia hanya diam. Tak boleh jadi ni. Aku akhirnya memulakan langkah, mengeluarkan bunga mawar dari beg galasku;

"Mel, i dah lama sukakan you. Sejak dari kecil lagi i dah ada perasaan dekat you. Melissa Mazlan, would you be my girlfriend?"

Mel tergamam. Dia ternyata terkejut apabila aku menghulurkan bunga mawar kepadanya. Dia sememangnya suka mawar merah. Wajahnya gembira, namun tiba-tiba bertukar sayu. Mel mengambil langkah ke kiri dan duduk di bangku.

Aku mengambil tempat duduk disebelahnya. Aku lihat wajahnya suram, namun masih kurang pasti apakah yang cuba disampaikannya.

"Zahid, i like you too. I know you will be upset if i tell you this."

"What is it? Tell me Mel, kenapa ni?"

"I dah ada boyfriend."

Bunga mawar yang aku genggam jatuh menyembah lantai. Dari detik itu juga aku tahu, hatiku hancur berderai. Aku tidak menyangka malam yang sepatutnya menjadi malam paling indah telah bertukar menjadi malam yang paling mengecewakan. Aku menggagahkan diri untuk bangun, lalu mengambil langkah untuk pulang.

"You! I'm sorry i tak bagitahu you. I was so excited on that day sampai i lupa nak bagitahu i dah couple dengan Asyraff." Mel mengalirkan air mata. Langkah aku terhenti. Air mata jantan juga sudah mengalir dipipku. Aku mengesat air mataku lalu menoleh kearah Mel. "Tak mengapa Mel. I tak sepatutnya cakap macam ni sebab kita dah lama bestfriend. Sepatutnya kita tak boleh ada perasaan." Aku terus melangkah kaki dalam kegelapan, meninggalkan Mel seorang.

"Simpan mawar yang kuberi,
mungkin wanginya mengilhami.
Sudikah dirimu untuk kenali aku dulu?
Sebelum kau ludahi aku, sebelum kau robek hatiku..."

-Tamat Bahagian 1-

Cerpen: Kerana Tin Sardin


"Lora, oh Lora..." Manalah pula pergi Lora ni? Selalunya waktu-waktu macam ni dia dah balik rumah. Nak kata dia main dengan kawan-kawannya, tak ada pun. Aku terus mencari di taman permainan, namun kecewa. Semua kanak-kanak yang selalu bergelak ketawa di taman permainan itu sudah menuju ke pintu besar untuk pulang. 

Aku melihat jam. Hampir pukul tujuh petang. Di manakah Lora? Selalunya pukul enam setengah dia sudah pulang. Ibu pun dah hidangkan makan malam.

Aku duduk sebentar di bangku taman. Sekejap toleh ke kiri, sekejap ke kanan. Aku terus memerhati sekeliling. 

"Kakak, kenapa Lora tak balik lagi? Bukan sepatutnya waktu ni dia dah duduk dekat dapur ke?"

"Eh dia tak balik lagi?"

"Kakak boleh tolong carikan dia?"

"Mak, kakak baru balik kerja ni. Kakak penat la."

Tiba-tiba aku teringatkan perbualan dengan ibu sebentar tadi. Aku lihat wajah mak sangat hampa. Disebabkan itu aku keluar mencari Lora juga walaupun penat. Hendak bandingkan penat aku dengan mak, ternyata mak lebih penat. 9 bulan mengendong aku kehulu kehilir.

Dengan langkah kanan, aku terus mencari Lora. Hatiku rasa tidak tenang pula. Aku sudah mula membayangkan benda yang bukan-bukan berlaku kepadanya. Ya Allah, kuatkan hambaMu ini.

Kawasan perumahan aku juga sering berlaku kejadian tak diingini. Aku tidak berani untuk melalui kawasan belakang rumah. Maghrib pun sudah hampir memeluk ruang angkasa. Aku hanya lalu di kawasan terbuka. Tiba-tiba aku berjumpa dengan Azreen, jiran tiga pintu dari rumah aku.

"Azreen, ada nampak Lora tak?"

"Tak ada pulak kak Emma."

Hampa. Aku terus bersandar di tiang lampu lalu terduduk di atas tempat pejalan kaki. Sudah hampir tujuh setengah petang, masih tiada tanda Lora. Aku mencapai telefon bimbit dalam poket seluarku. Terpapar wajah Lora di background. Pipiku dibasahi air mata. Lora, pulanglah Lora. Kami rindu awak.

Sedang aku cuba menahan air mata, seekor kucing lalu dihadapan aku. Aku kenal benar dengan kucing ini. Dia ni selalu main dengan Lora dekat depan rumah. Aku cuba untuk mendukungnya namun dia merebahkan badan dan lari. Aku yang sememangnya geram dengan kucing terus mengejarnya. Azreen turut serta disebelahku.

Kucing itu terus menuju ke belakang lorong rumah. Aku berhenti lari. Tercungap-cungap mencari nafas semula. Sudah lama tidak lari sebegini.

"Azreen! Jangan pergi belakang, bahaya!" Aku teriak melihat Azreen terus mengejar kucing itu. Budak berumur 8 tahun itu langsung tidak mengendahkan aku. Mengenangkan keselamatannya, aku kembali mengekori di belakang. 

Kawasan belakang ini sememangnya penuh dengan semak. Habis seluar aku dicium kemuncup. Aku sudah tidak nampak Azreen kerana ranting-ranting pokok yang menjalar panjang. Jiran-jiran aku langsung tidak menjaga lorong ni dengan baik. Harap-harap Azreen ada di depan.

Azreen berhenti dihadapan sebuah kotak. Aku terus mencapai tangannya. Berdebar hati aku menempuhi kawasan yang jarang sekali aku jejaki itu. 

"Azreen! Bahaya tahu tak? Awak buat kak Emma risau je"

"Kak Emma, Azreen dah jumpa Lora."

"Hah, mana?"

Dia menghampiri semula kotak itu. Aku juga melangkah tiga tapak kehadapan. Alangkah terkejutnya apabila aku lihat Lora ada didalam kotak itu bersama-sama dengan kucing tadi. Aku terus mendapatkan Lora lalu mendakapnya. Setelah hampir sejam hilang, akhirnya aku di satukan semula dengan kucingku, Lora.

Aku sangat bersyukur kerana semua penat lelahku berbaloi. Namun, aku sangat berterima kasih kepada Azreen yang turut membantu secara tidak sengaja. Azreen kemudian mendukung kucing dalam kotak itu. 

"Kak Emma, Azreen nak bawa balik kucing ni boleh?"

"Mak Azreen tak marah ke Azreen bela kucing?"

"Eh, dia memang suka kucing."

Aku merenung kucing itu. Masih ingat dahulu ketika balik kerja, dia mengekoriku. Dia menyondol-nyondol badannya sambil memiau meminta makanan. Aku yang tidak sampai hati melihatnya kelaparan singgah di kedai runcit dan membeli tin sardin memandangkan tiada makanan kucing dijual.

Apa yang signifikannya, dia seolah-olah cuba membalas jasa aku kembali dengan menunjukkan tempat Lora berada. Sesungguhnya Allah Maha Adil. Terima Kasih Ya Allah. 

***

Abu Hurairah RA meriwayatkan;


بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]

Wayang Spiritual (Bhg Akhir)


Kini empat penjuru berpandangan antara satu sama lain. Puan Aleen memandang Tok Wan, Tok Wan melihat Afzal, dan abah memandang mereka bertiga. Ternyata Puan Aleen terkejut dengan permintaan Afzal. Kali terakhir dia menjadi anak dalang ialah pada usia 11 tahun. Kini, Puan Aleen sudah berumur 44 tahun. “Afzal, mama tak boleh. Dah terlalu lama mama tinggalkan semua ni” terang mama. Afzal tidak mahu berganjak. Dia masih berusaha memujuk mama untuk memenuhi permintaannya.

“Mama, jomlah. Kita buat yang terakhir sebelum balik UK. Bila lagi mama nak tunjuk adik bakat mama? Selama ni mama tak pernah bagitahu adik semua tentang Islam dan Melayu. Adik tak nak jadi orang Islam sekadar pada nama, Melayu entah kemana. Adik dah tulis idea untuk pementasan wayang kulit. Tok Wan pun dah bersetuju untuk buat sekali lagi” kata Afzal dengan lantang. “Tapi, mama tak yakin..” “Mama, please. Kali ni je. Adik teringin sangat nak tengok wayang kulit. Adik akan pastikan wayang kita akan pecah panggung berbanding sinema”.

Puan Aleen hanya mampu terdiam. Beliau masuk kedalam rumah untuk berfikir sejenak. Dalam hati kecilnya, tidak sampai hati untuk menolak permintaan anak bongsunya. Lagipun, permintaan itu bukanlah keterlaluan. Tok Wan menghampiri anaknya. Beliau merenung wajah Aleen yang ternyata buntu untuk membuat keputusan. “Takpa Aleen, ayah yakin kau boleh buat. Kabulkanlah hajat Afzal tu. Bila lagi dia nak belajar tradisi kita?” kata Tok Wan dengan tenang.

Afzal duduk disebelah mamanya. Belum sempat dia membuka mulut, Puan Aleen sudah mengangguk dan melemparkan senyuman. Afzal yang ternyata gembira terus memeluk mama dengan erat sambil membisikkan ucapan terima kasih. Ketika mereka berborak, telefon bimbin mama berdering. Mama bangun meninggalkan Afzal dan Tok Wan untuk menjawab panggilan.

“Afzal, apa idea kau sebenarnya?”

“Err, sebenarnya Afzal tak ada idea apa-apa pun. Cakap dekat mama macam tu tadi untuk yakinkan dia je” 

“Alahai budak ni….suka bikin aku pening”

***

Seperti yang telah dihebohkan, pementasan wayang kulit Kampung Kelapa Hijau pimpinan dalang terkenal, Encik Ahmad akan berlangsung dalam masa beberapa minit lagi. Persembahan pertama beliau sejak sekian lama berlangsung di dewan serbaguna kampung itu. Rata-rata yang menghadiri adalah ‘orang lama’ yang seangkatan dengan Tok Wan. Tak kurang juga anak-anak muda serta beberapa orang pelancong juga kelihatan.

Puan Aleen melihat penonton dari belakang tirai. “Well, this is it.” Semua canang dan gong telah disusun dengan rapi. Beliau masih resah akan kemampuan dirinya disebabkan masa yang cukup singkat untuk berlatih.

Gong di bunyikan. Dewan yang terang tadi kini menjadi gelap, yang tinggal hanyalah lampu  disebalik kain rentang atas pentas. Hero melakukan tarian ‘gedek’nya disusuli paluan gedombak.  

“Masa berganti masa. Zaman kian berubah. Era globalisasi yang dicari, era kemusnahan yang menghampiri. Makin hari makin meluat melihat aksi remaja-remaja yang menghiasi dada akhbar. Mereka mungkin bangga dengan apa yang mereka buat, tapi apa kata ibu bapa?”

“Wahai dindaku, lihatlah apa yang barat telah terapkan pada anak muda kita. Inikah rupa pemimpin masa hadapan yang kita selalu sebut? Dengan rempit, seks bebas, pil kuda.. apakah erti semua ini? Kita tidak mahu Islam dipersalahkan kerana kes ini. Kita jugatidak mahu melihat Melayu terus mundur seterusnya hilang di muka dunia.”

Heroin masuk memberi hujahnya. “Hai kakanda, dinda juga kecewa dengan sikap mereka. Terlalu keterlaluan. Namun,ibu bapa juga bersalah dalam soal ini. Mereka tidak memantau malah memberikan kebebasan sepenuhnya untuk berhibur. Hedonisme menjadi virus yang semakin menular dalam kalangan remaja.”

“Kita juga tidak harus biarkan bangsa kita diporak perandakan dengan propaganda barat. Apabila Melayu bergaduh dengan Melayu, bangsa lain bertepuk tangan. Bukan nak bangkitkan isu perkauman, tapi inilah realiti. Jangan sampai Islam entah kemana, Melayu entah kemana.” Koboi mencelah dengan hujah yang ternyata membuka minda semua penonton.

Ternyata pementasan wayang kulit oleh Tok Dalang Encik Ahmad memberi kesan yang sungguh mendalam. Semua penonton berdiri sambil memberi tepukan gemuruh kepada keluarga Encik Ahmad. Tok Wan melemparkan senyuman sambil menunjukkan isyarat bagus kepada Puan Aleen yang juga anak dalang serta Afzal yang turut membantu. “Hari ni hari yang paling bahagia untuk Tok Wan. Terima kasih Aleen. Ayah tak kisah bagus atau tidak, yang penting mesej tu sampai. Terima kasih juga Afzal sebab kalau Afzal tak fikirkan pasal ni, wayang kulit dekat tempat kita hanya sejarah.” Tok Wan menitiskan air mata yang bercampur baur disebaliknya.

***

Setelah seminggu berada di kampung, tiba masanya untuk Afzal sekeluarga pulang ke UK. Hari pertama yang bermula dengan hambar bertukar menjadi sebuah minggu yang penuh bermakna. Ternyata banyak ilmu dan pengalaman yang telah mengajar Afzal. Sebelum mereka pulang, Tok Wan menghadiahkan Afzal Hero, Heroin dan Koboi. “Anggaplah Hero ini abah, Heroin itu mama dan Koboi ini Afzal. Tok Wan pasti akan merindui kau. Jangan lupakan Tok Wan ya?” Tok Wan memeluk erat Afzal sebelum dia masuk ke dalam Nissan Sentra abah. Tok Wan melambai-lamai mereka sebelum kereta hilang dari pandangan. Kini hanya masa yang menentukan pertemuan seterus mereka…
-TAMAT-

Wayang Spiritual (Bhg 6)


Mendengar luahan hati Tok Wan memberi kesedaran kepada Afzal. Dia akui apa yang diperkatakan oleh Tok Wan itu sememangnya benar. Filem-filem masa kini banyak berunsurkan hedonisme, sehinggakan Afzal sendiri terkena wabak itu. Dalam filem Hollywood pula, ada yang berunsur lucah. Adakah dengan cara itu kita mahu mendidik anak bangsa? Memang di Malaysia tiada filem macam tu. Tapi mereka boleh juga mengakses internet dan tonton.

“Kamu mungkin tak tahu banyak tentang budaya atau lumrah hidup dekat Malaysia ni Afzal. Tapi dunia dah semakin tua. Bumi semakin haus. Sekarang ni, gejala sosial sangat teruk. Dah buat zina, buang anak lagi. Berkali-kali ganda dosa. Masha Allah”. Tok Wan seolah-olah dapat membaca fikiran Afzal. Dia tahu apa yang cucunya itu sedang fikirkan.

Afzal bangun dari tempat duduk. Sambil mencuci tangan, kata-kata Tok Wan tadi masih bermain dalam fikirannya. Dia berasa simpati dengan Tok Wan. Wayang kulit merupakan sebahagian daripada hidup Encik Ahmad sekeluarga. Puan Aleen, mama Afzal sendiri pun mempunyai kenangan tersendiri bersama wayang kulit.

“Tok Wan, apa kata kita buat satu pementasan wayang kulit dekat kampung ni?” Afzal bersuara secara tiba-tiba. Tok Wan yang sedang menghirup air oren tersedak. Beliau ketawa mendengar cadangan anak muda itu. “Rasanya tak akan ada orang nak tengok. Kalau ada pun, mungkin 2 atau 3 orang je”. “Belum cuba belum tahu Tok Wan. Afzal boleh jadi anak dalang kalau itu yang Tok Wan mahu” yakini Afzal.

Wajah persis Puan Aleen itu merenung Tok Wan. “Bukan Tok Wan tak bagi, tapi masalahnya bukan mudah nak jadi anak dalang. Kalau kau tahu main rebab ke, gamelan ke, boleh la Tok Wan pertimbangkan” jelas Tok Wan. Afzal berasa kecewa dengan jawapan Tok Wan. Dia terlalu mengambil mudah peranan anak dalang tanpa mengetahui lanjut. Tok Wan menghampiri Afzal lalu memegang bahunya. “Tok Wan tahu apa yang kau fikirkan. Tapi wayang kulit ni tak boleh dilakukan kalau kemahiran tak  mencukupi”.

Bunyi enjin kereta kedengaran menghampiri perkarangan rumah Tok Wan. Mereka berdua melihat dari tingkap. Kereta Nissan Sentra putih diparkir dalam garaj. Mama dan abah Afzal sudah pulang dari kota metropolitan.

Afzal menyambut kedua ibu bapanya dengan bersalaman serta berpelukan mesra sementara Tok Wan hanya memerhatikan dari ruang tamu. “Mama, kita dah nak balik ke?” kata Afzal dengan muka sepuluh sen. “Esok kita balik sayang. Kenapa ni? Dah suka duduk kampung pulak?” mama memandang dengan hairan. “Eh, bukanlah. Adik sebenarnya ada satu permintaan sebelum kita balik”

“Apa dia sayang?”

“Mama boleh tak jadi anak dalang?”

Puan Aleen terkedu.
-Tamat Bahagian 6-

Wayang Spiritual (Bhg 5)


Matahari sudah sembilan puluh darjah menegak. Kucing-kucing yang berkeliaran pagi tadi sudah lena diulit nasi bertumbukkan ikan kembung. Afzal yang sudah mandi mengusap perutnya yang berkeroncong untuk disajikan hidangan. Dia membuka tudung saji, namun hampa kerana tiada apa-apa. Tok Wan masih belum pulang. Mungkin dia letih sangat sehinggakan tertidur di pokok getah. Eh, mana mungkin. Habis disondol babi hutan. Atau mungkin dia jumpa sahabat-sahabat karibnya di warung kedai kopi tak jauh dari masjid itu. “Laparnya perut,” getus hati Afzal.

Baru saja Afzal hendak keluar rumah, deruman motor Honda Ex 5 sudah kedengaran. Tok Wan turun dari motornya sambil membawa bekal pulang. “Tok Wan tunggu kau di warung, tapi kau tak muncul-muncul. Ni mesti baru bangun tidur kan?” kata Tok Wan sambil menghulurkan bungkusan nasi campur. Afzal hanya tersengih.

Sambil Afzal menikmati makanan tengah harinya, Tok Wan mula membuka cerita. “Kalau kau nak tahu, Tok Wan memang aktif buat pementasan wayang kulit. Patung-patung yang ada dalam rumah ni semua Tok Wan yang buat. Mak kau pun arwah Mak Wan yang ajarkan. Dia pun selalu tolong Tok Wan buat pementasan masa dia kecil-kecil dulu”.

Afzal mendengar dengan teliti setiap perkataan yang keluar daripada mulut Tok Wannya. Dia sendiri tidak menyangka mamanya mempunyai pengetahuan dalam wayang kulit. “Untuk jadi seorang dalang, kita harus mempunyai pelbagai  ilmu pengetahuan. Benda ni penting untuk kita kaitkan dengan isu semasa”, tambahnya lagi.

“Dalang tu apa Tok Wan?”

“Dalang ialah pengarah, penulis cerita dan yang memainkan watak dalam wayang kulit. Senang kata, semua pementasan ni kerja dalang. Sebab itu Tok Wan kata kena ada pengetahuan yang tinggi untuk menghasilkan jalan cerita yang baik. Watak-watak penting yang kita guna dalam wayang kulit biasanya Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.”

Setelah mendengar dengan teliti setiap perincian, barulah Afzal mengerti apa makna disebalik patung boneka itu. Patung boneka itu ternyata luar biasa serta mempunyai nilai sentimen tersendiri. “Tok Wan, sekarang Tok Wan masih lagi main wayang kulit?” tanya Afzal. Air muka Tok Wan terus berubah.

“Sekarang tidak lagi”

“Tapi kenapa?”

“Sekarang Tok Wan dah tak ada anak dalang. Dulu mama kau yang rajin bantu Tok Wan. Lagipun, siapa nak tonton wayang kulit lagi? Zaman sudah berubah nak. Semua orang akan ke sinema dan menonton filem-filem barat yang ternyata banyak merosakkan akidah anak bangsa kita. Filem Melayu pun sudah terikut-ikut rentak mereka,” katanya dengan kesal.

-Tamat Bahagian 5-

Wayang Spiritual (Bhg 4)


Afzal mengambil kitab yang dihulurkan Tok Wan. Afzal membuka helaian pertama kitab itu. Ternyata dia tidak faham apa yang tertulis dalam kitab itu. “Tapi Tok Wan, Afzal mana reti baca dalam tulisan jawi ni”, kata Afzal. “Iqra’. Itu merupakan perkataan pertama yang malaikat Jibril berkata apabila Rasulullah s.a.w tidak tahu bagaimana hendak membaca utusan Allah”. Afzal hanya terdiam. Dia langsung tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Tok Wan.

“Tak mengapa nak. Dalam hidup ni, kita kena sentiasa belajar. Sedangkan masa kecil lagi kita belajar berjalan, bercakap dan membaca. Tok Wan akan ajar kau sehingga berjaya. Iqra’ ni sebagai satu permulaan bagi sesuatu yang lebih besar. Kita harus bermula dari bawah dulu untuk sampai di atas. Sebagai orang muslim, rugi kita kalau tidak faham isi kandungan Quran. Tak guna kalau baca saja, tapi tak faham maksud”, jelas Tok Wan. Afzal hanya mengangguk. “Tapi sebelum nak baca Quran, kita kena faham alif ba ta dulu. Itu gunanya kau belajar Iqra’ tu”, tambah Tok Wan.

Seperti yang diinginkan oleh Tok Wan, Afzal akur. Dia menggenggam Iqra’ itu dan berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan khatam Iqra’.

“Boleh kita mula sekarang?”, tanya Afzal. Tok Wan tersenyum lebar  lalu mengangguk tanda setuju.

Maka bermulalah satu permulaan baru bagi diri Afzal. Remaja yang tidak mendapat didikan agama di England itu kini telah menerima sesuatu ilmu yang baru dalam hidupnya. Jika selama ini dia tidak pernah tahu mengenai alif ba ta, hari ini dia berjaya khatam Iqra’ pertama. Tok Wan juga gembira kerana cucunya itu terbuka hati untuk mempelajari Iqra’. Beliau berniat untuk memenuhi minda Afzal yang kosong itu dengan ilmu agama yang lebih mendalam. Sambil-sambil mengajar, beliau turut memikirkan apa yang harus dilakukan untuk menarik minat remaja itu untuk mendalami ilmu Islam.

“Alhamdulillah, kau dah boleh baca sikit-sikit. Perjalanan masih panjang. Kitab ni pun tebal lagi. Tapi tak mengapa, kalau niat kita ikhlas menuntut ilmu, insha Allah dipermudahkan oleh Allah”, kata Tok Wan sambil melipat rehal Quran dan meletakkan kembali di bawah katilnya.

Afzal pun mengangguk sebelum bersalam dengan Tok Wan. Dia mengangkat kaki bersama-sama dengan Iqra’ lalu beredar dari bilik. Setelah semalaman mengaji, Afzal kembali ke biliknya untuk tidur. “Kenapa aku tak pernah belajar semua ni? Adakah sebab di UK tak ada orang yang sanggup mengajar seperti Tok Wan?”, kata Afzal seorang diri.

Sudah hampir seminggu Afzal berada di kampung. Tepat pukul enam, Afzal dikejutkan oleh Tok Wan untuk mengerjakan solat subuh. “Nak ikut Tok Wan menoreh getah tak?”, tanya Tok Wan. Afzal menggelengkan kepalanya. Apa yang difikirkannya ketika ini ialah untuk kembali baring di katil yang empuk dan meneruskan permainannya dalam mimpi. “Tak elok tidur selepas subuh nak, rezeki tak masuk nanti. Kalau tak nak ikut Tok Wan pergi ladang, cari la sesuatu yang bermanfaat untuk dibuat waktu ni”, kata Tok Wan sebelum menutup pintu rumah. Afzal terbaring di atas sejadah. Dia tidak menghiraukan apa yang Tok Wan katakan.

-Tamat Bahagian 4-

Wayang Spiritual (Bhg 3)


Afzal berdiri di saf kedua, yakni betul-betul dibelakang Tok Wan. Apabila Imam mengangkat takbir, semua para Jemaah juga mengangkat takbir. Afzal masih terpinga-pinga. Dia hanya mengikut apa yang dilakukan oleh Tok Wan. Ternyata pengetahuan dia mengenai agama masih lemah. Setelah berdoa, Afzal mendapatkan Tok Wan untuk bersalam. Mereka berdua duduk di dalam masjid sementara menanti waktu Isya’ pula. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Dalam perjalanan pulang, Tok Wan cuba memecah kesunyian. “Afzal tak pernah langsung solat dekat UK sana?”. Afzal hanya menggelengkan kepalanya. “Abah atau mama tak pernah ajar?”. Afzal menganggukkan kepala. “Tapi itu masa kecil dulu la. Lepas tu tak buat langsung. Terus lupa sampai sekarang”, jawab Afzal. Tok Wan hanya menggelengkan kepala. Dalam mindanya, dia ternyata kecewa kerana cucunya yang sudah besar masih tidak tahu asas Islam. Sementara itu, dia turut kecewa dengan Aleen yang langsung tidak mengambil berat mengenai saham akhirat anaknya.

“Tak mengapa nak. Sementara kau ada dekat sini, Tok Wan boleh tolong ajar serba serbi mengenai Islam. Ternyata kau masih lemah, sampai pahala pun tak kenal”, kata Tok wan dengan nada tegas.

Tok Wan membuka mangga di selak pintu. Beliau meletakkan kopiah putihnya di atas kabinet. Afzal pula terus menuju ke dapur untuk meneguk air. Tok Wan duduk di atas sofa yang bertentangan dengan rak bukunya. Beliau merenung tajam kearah satu kitab. Sambil mengurut-urut janggutnya, beliau bangun lalu mengambil kitab berkenaan. Setelah diteliti kandungan buku itu, Tok Wan terus membawa buku itu bersamanya.

“Afzal, lepas minum nanti  datang ke bilik Tok Wan ya”, kata Tok Wan. Afzal hanya mengangguk kerana mulutnya masih penuh dengan air.

Dia pun bergerak naik ke tangga. Selepas mengetuk pintu, Afzal mengambil langkah masuk ke dalam bilik Tok Wan. Afzal ternyata terpegun melihat patung boneka yang menghiasi dinding bilik itu. Matanya tertarik dengan satu patung boneka yang begitu cantik. “Kau berminat dengan patung boneka?”, kata Tok Wan Sambil tersenyum. “Dekat UK tak ada pula patung macam ni, nipis saja. Boleh Afzal pegang?”.

Tok Wan pun memberi patung boneka berkenaan. Dia membelek-belek patung itu. Afzal masih terpegun kerana dia tidak pernah melihat patung sedemikian. “Untuk pengetahuan Afzal, Tok Wan yang buat semua patung boneka ni”, kata Tok Wan.

“Tok Wan yang buat semua ni? Boleh tak kalau Afzal nak satu?”

“Boleh, tapi dengan satu syarat”

“Apa syaratnya?”

“Syaratnya ialah kau kena baca kitab ni”
-Tamat Bahagian 3-

Wayang Spiritual (Bhg 2)


Keempat beranak itu pun menuju ke dapur untuk makan malam. “Makan saja la apa yang ada. Aku tak masak banyak. Tapi cukuplah untuk kita berempat”, pelawa Tok Wan.

“Eh, dah nak pergi? Tidur la satu malam dekat sini dulu”, ujar Tok Wan. “Tak mengapalah ayah, saya dengan Aleen kena ada dekat KL awal pagi esok. Jadi, kami terpaksa bertolak sekarang”, kata abah. Afzal bersalaman serta memeluk mama dan abahnya. Tok Wan ternyata kecewa dengan keputusan itu namun redha. “Adik jaga perangai ok? Nanti dah habis kerja mama dengan abah datang sini”, kata-kata terakhir mama. Dia mengucup pipi Afzal lalu menaiki Nissan Sentra abah. Kereta itu hilang dalam pandangan.

Afzal ternyata mati akal. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hendak bermain PSP, belum dicas habis. Hendak menonton tv, rosak pula. 

Allahuakbar Allahuakbar! Azan maghrib telah berkumandang. Afzal masih terbaring kaku diatas sofa. Tok Wan pula sudah bersiap untuk ke masjid. “Afzal, bangun nak. Tak baik baring waktu azan. Nanti berat jenazah kelak”, nasihat Tok Wan. Afzal pun segera bangun dari sofa dan mengambil posisi duduk. “Mari kita solat di masjid ya”, kata Tok Wan ringkas. Afzal terpinga-pinga duduk di sofa.

“Afzal, kenapa ni? Marilah. Maghrib ni singkat saja”

“Err Tok Wan, sebenarnya….”

“Sebenarnya apa?”

“Sebenarnya Afzal tak tahu macam mana nak solat”

“Astaghfirullahalazim…”

Tok Wan menepuk dahinya tanda terkejut. Beliau tidak sangka anak muda berusia 14 tahun itu masih tidak tahu bagaimana untuk menunaikan solat. Afzal pula hanya senyum sinis. Mukanya merah tanda malu. “Tak mengapalah nak. Mari ikut Tok Wan ke masjid. Nanti kau ikut saja Tok Wan buat apa”, kata Tok Wan sambil menepuk-nepuk belakang Afzal. Afzal hanya tunduk tanda setuju.

Afzal dan Tok Wan menapak ke masjid yang tidak jauh dari rumah. Deruman motor melangkaui pemikiran Afzal. “Kenapa kita tak pergi masjid naik motor saja?”, kata Afzal selepas membisu seketika. Tok Wan pun tersenyum.

“Tahukah Afzal bahawa satu langkah ke masjid akan memberikan kita 27 ganjaran pahala? Langkah kita juga turut diiringi oleh para malaikat, insha Allah”, kata Tok Wan.

“Oh, pahala tu apa pulak?”

“Subahanallah… (pahala pun dia tak tahu?)”

-Tamat Bahagian 2-

Wayang Spiritual (Bhg 1)


Afzal merenung jauh ke luar tingkap kereta Nissan Sentra abahnya. Dalam hatinya, dia mahu pulang ke rumah. Dia enggan balik ke kampung. Mungkin kerana sudah sekian lama tidak pulang, pasti dia berasa janggal. Toleh ke kiri, ada paya. Toleh ke kanan, juga paya. “Berapa lama lagi nak sampai ni ma? Adik bosan la dari tadi tengok paya je,” kata Afzal.

Mungkin begini cara budak-budak untuk berhenti sebentar dari perjalanan jauh. Al-maklumlah dari kota metropolitan ke Baling memakan masa 4 ke 5 jam. “Sabar ya sayang, kita dah nak sampai pun dekat rumah Tok Wan,” kata Puan Aleen.

Afzal kini berusia 14 tahun. Kali terakhir dia menjejakkan kaki ke rumah Tok Wan adalah 10 tahun yang lalu. Dia menetap di Yorkshire, England bersama-sama keluarganya. Puan Aleen  merupakan pensyarah di University of Leeds, sementara abahnya Encik Afiq merupakan jurutera di kilang Nissan. Abang-abangnya, Afnan dan Afif masing-masing pelajar tahun 2 dan 1 di Univerity of Leeds.

Tujuan mama membawa anak bongsunya ke kampung ialah kerana Tok Wan sangat rindukan padanya. Afzal langsung tidak mengikut mama dan abahnya pulang ke Malaysia apabila tiba Hari Raya Aidilfitri, sebaliknya tinggal bersama mak cik nya yang turut menjadi tenaga pengajar di University of Leeds.

Kereta Nissan Sentra abah selamat menggesel permukaan simen garaj milik Tok Wan. Ketiga beranak itu pun keluar dari kereta.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Sahut satu suara loghat utara. Kelibat orang tua yang semakin dimamah usia muncul di pintu hadapan rumah. Wajahnya tetap berseri meskipun semakin berkedut, kulit warna hitam manis serta mempunyai janggut serta rambutnya yang beruban. Itulah Encik Ahmad, atau lebih mesra dengan panggilan Tok Wan. Meskipun umur sudah 76 tahun, beliau masih nampak gagah. Ketiga beranak itu pun bersalam dengan Encik Ahmad. “Wah, dah besar panjang cucu Tok Wan yang seorang ni,” kata Tok Wan diiringi senyuman manis. Afzal hanya tersengih.

Afzal melihat di sekeliling rumah Tok Wan. Ternyata dia sudah lama tidak menjejak kaki ke sini sehingga terlupa mengenai keadaan rumah ini. Rumah Tok Wan sememangnya besar, seperti sebuah panggung mini. Keadaan rumah yang gelap juga menghidupkan lagi suasana seperti sebuah teater.

“Ayah, Afzal akan tinggal seminggu disini. Kami ada hal yang perlu diuruskan di KL,” kata mama. Afzal memandang ke wajah mama. Dia seperti tidak menyukai cadangan mamanya. “Adik, takkan adik nak ikut mama dengan abah pergi kerja? Baik adik duduk sini. Sekurang-kurangnya adik ada teman berbual. Duduk sini best tau,” yakini mama.

Afzal pun tunduk tanda setuju.
-Tamat Bahagian 1-

Penulis Picisan

Hidup bertemankan pelita,
kertas carik-carik diguna,
lalu ku meragut pena,
menulis tanpa kenal siksa.

Setiap hari aku mengembara,
merentasi segenap kota,
mencari sumber rezeki,
demi sesuap nasi.

Renungan helang menjeling kiri kanan,
tangan bergerak melakar keadaan,
sukarnya hidup penulis jalanan,
siang malam bermain perasaan.

Karya aku langsung tidak terjual,
kerana mereka sudah mual.
Artistik dipandang sarkastik,
semuanya propa politik.

Hidup melukut di tepi gantang 
mungkin kerna rezeki tiada datang?

Hidup Hanya Sekali

Angan-angan satu kemungkinan
Mati itu satu kepastian
Tiada tarikh yang nyata
Hanya menghitung masa
Tiada amaran pertama
Tiada peluang kedua
Diberi hidayah itu petanda
Kembalilah kepadaNya
Hidup biar luhur
Takutkan siksa kubur
Baik diberi syurga
Buruk ditunjuk neraka

Durhaka

Kerana pulut santan binasa,
kerana sultan sahabat binasa.
Biru dituduh si durhaka,
sedangkan niat pertahan bangsa.
Bendahara durjana menipu dusta,
kematian Merah khabar tak indah rupa.

Kembali Merah atas perintah.
Pintu dikunci,
jendela ditutup rapi.
Bertarung kerana nilai cinta,
dendam dan khianat.
Taming sari dihunus,
tertusuk terus.
Darah si Biru mengalir,
matanya tertutup jua.
Jebat tumpas akhirnya.

Gaza

Apalah agaknya nasib si aktivis
Bukanlah niat menjadi kapitalis
Cuma berjuang mencari justis
Disebalik dunia penuh prejudis
Walaupun sekadar menjadi katalis
Semangat membara mengatasi polis
Menghulur bantuan tatkala kritis
Namun masih dipandang remeh si pesimis

Realitas tidak pernah terungkap jelas
Yahudi bergerak dengan tangkas
Peluru disimpan dalam bekas
Seksa manusia tanpa belas
Propaganda disebar sebagai alas
Darah tumpah penuh satu gelas
Sejuta mati, seorang terlepas

Israel tidak bertanah meyusun atur
Takluk Palestin yang sudah kabur
Serangan dilakukan guna cara kotor
Bumi Gaza hancur kerana si diktator

Taman Merdeka, Melaka

Assalamualaikum semua. Ya, buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka, Malaysia. Selama ni tak pernah dengar pun nama tempat ni, Pantai Merdeka ada la (itupun sebab lagu Jinbara nama 'Cinta Pandai Merdeka'). Kenapa la pulak aku ke Melaka sedangkan masih lagi cuti semester? Tak ingin aku nak balik ke 'London' tu. Stress memikirkan pasal result yang akan keluar tak lama lagi yang tarikhnya masih didebatkan oleh semua pahlawan UiTM (setakat ini kemungkinan besar tarikh keluar result 9hb.

Balik ke cerita asal... sebenarnya saya dan keluarga telah dijemput ke walimatul urus kakak sahabat baik saya, Adawpewik (bukan nama sebenar). Wan Azhari (abang Acai) menamatkan zaman solonya dengan menikahi kaklong Adah, Siti Sarah. Oh tak lupa juga, hai kakngah! Hehehehe :3

Turut hadir ibunda kesayangan, kakak serta boyfienya dan juga adikku yang membosankan. Mengenai perjalanan, memang aku lupa bawak kad jemputan. Memang la tak minta, tapi dekat kad itu la ada pelan ke rumahnya. Apa yang aku ingat, dekat dengan mobil. Terpaksa la minta direction dari tuan tanah. Alhamdulillah 2 jam lebih perjalanan, sampai juga. Hujan pun dah mula renyai-renyai. Masa sampai tu, hilang arah juga sebab tak kenal sorang pun. Menunggu Adawiyah menjemput saja la. Buat pertama kali juga aku berjumpa abah dan maknya. Aduh, malu campur takut. Al-maklumlah rasanya mereka dah kenal aku (finally dapatlah juga tengok bakal mentua). Hehehe :B 

Menyentuh tentang lauk dekat majlis, Alhamdulillah sedap. Nangka masak lemak, ayam goreng dan paling syok, rendang daging. Sedang-sedang makan tu, kami dihiburkan dengan persembahan dari kugiran mana entah, tapi diorang perform bagus. Serius rasa macam nak join pun ada time tu, lagi-lagi bila nampak ada semi-acoustic gitar. Pengantin? Nampak sekali je. Itupun masa dia nak masuk dalam rumah. Kakak aku sampai usik, "Pergi la masuk dalam tengok kakak ipar awak". Hahaha malu la. Dalam pukul 4, kami bergerak pulang ke Subang. Hujan lebat menyebabkan kami sampai lambat. Apapun, yang penting sampai. Syukur pada Allah.

P/s: Selamat pengantin baru kepada kaklong dan abang Acai (ceh, panggil kaklong dah). Semoga perkahwinan anda diberkati Allah. 

***

Another P/s: Bye kakngah. HAHAHA


Dua Dimensi

Tengah hari tidak selalu hujan
panas menjengah dipersekitaran.
Kata-kata tidak selalu menikam
walau perih tertusuk kedalam. 
Bangkit dari kekalahan lalu
tidak menoleh aku terus maju.
Tinggalkan memori si perawan
hanya melodi sebagai bekalan.
Pena dan kertas teman bermalam
idea disimpul dari al-kalam.

Sandar ditepi pokok
sambil menghisap rokok.
Malam makin membeku
pergerakan makin kaku.
Dimensi betukar warna
pandangan mula bergema.
Badan terpukul kuat
lutut berketar dengan giat.
Roh sudah terbang
jasad duduk tercengang.

Terbang tinggi hingga ke galaksi
tinggalkan semuanya di bumi.
Tidak hiraukan apa-apa
hanya langit ketujuh diminda.
Menggigil menanti nama dipanggil
disoal disebat sehingga terkucil.
Timbang berat sebelah
otak terus terbelah.
Sejuk kata pergi
panas kata mari.

Terjaga dari tidur yang panjang
mencari-cari pena dan kertas kajang.
Catat dari awal hingga akhir
supaya mimpi ini dapat ditafsir.
Kalimah syukur ulang berkali-kali
rasa lega tak terperi.
Mampu bergerak selepas berisolasi
masih bernafas walaupun hampir mati.
Sujud diperkarangan batu
tidak ada hidup ini tanpa Allahu.