Afzal merenung
jauh ke luar tingkap kereta Nissan Sentra abahnya. Dalam hatinya, dia mahu
pulang ke rumah. Dia enggan balik ke kampung. Mungkin kerana sudah sekian lama
tidak pulang, pasti dia berasa janggal. Toleh ke kiri, ada paya. Toleh ke
kanan, juga paya. “Berapa lama lagi nak sampai ni ma? Adik bosan la dari tadi
tengok paya je,” kata Afzal.
Mungkin begini
cara budak-budak untuk berhenti sebentar dari perjalanan jauh. Al-maklumlah
dari kota metropolitan ke Baling memakan masa 4 ke 5 jam. “Sabar ya sayang,
kita dah nak sampai pun dekat rumah Tok Wan,” kata Puan Aleen.
Afzal kini
berusia 14 tahun. Kali terakhir dia menjejakkan kaki ke rumah Tok Wan adalah 10
tahun yang lalu. Dia menetap di Yorkshire, England bersama-sama keluarganya. Puan
Aleen merupakan pensyarah di University of Leeds,
sementara abahnya Encik Afiq merupakan jurutera di kilang Nissan. Abang-abangnya, Afnan
dan Afif masing-masing pelajar tahun 2 dan 1 di Univerity of Leeds.
Tujuan mama
membawa anak bongsunya ke kampung ialah kerana Tok Wan sangat rindukan padanya.
Afzal langsung tidak mengikut mama dan abahnya pulang ke Malaysia apabila tiba
Hari Raya Aidilfitri, sebaliknya tinggal bersama mak cik nya yang turut menjadi
tenaga pengajar di University of Leeds.
Kereta Nissan
Sentra abah selamat menggesel permukaan simen garaj milik Tok Wan. Ketiga
beranak itu pun keluar dari kereta.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Sahut satu suara
loghat utara. Kelibat orang tua yang semakin dimamah usia muncul di pintu
hadapan rumah. Wajahnya tetap berseri meskipun semakin berkedut, kulit warna
hitam manis serta mempunyai janggut serta rambutnya yang beruban. Itulah Encik
Ahmad, atau lebih mesra dengan panggilan Tok Wan. Meskipun umur sudah 76 tahun,
beliau masih nampak gagah. Ketiga beranak itu pun bersalam dengan Encik Ahmad.
“Wah, dah besar panjang cucu Tok Wan yang seorang ni,” kata Tok Wan diiringi
senyuman manis. Afzal hanya tersengih.
Afzal melihat di
sekeliling rumah Tok Wan. Ternyata dia sudah lama tidak menjejak kaki ke sini
sehingga terlupa mengenai keadaan rumah ini. Rumah Tok Wan sememangnya besar,
seperti sebuah panggung mini. Keadaan rumah yang gelap juga menghidupkan lagi
suasana seperti sebuah teater.
“Ayah, Afzal
akan tinggal seminggu disini. Kami ada hal yang perlu diuruskan di KL,” kata
mama. Afzal memandang ke wajah mama. Dia seperti tidak menyukai cadangan
mamanya. “Adik, takkan adik nak ikut mama dengan abah pergi kerja? Baik adik
duduk sini. Sekurang-kurangnya adik ada teman berbual. Duduk sini best tau,” yakini mama.
Afzal pun tunduk
tanda setuju.
-Tamat
Bahagian 1-
No comments:
Post a Comment