Keempat beranak
itu pun menuju ke dapur untuk makan malam. “Makan saja la apa yang ada. Aku tak
masak banyak. Tapi cukuplah untuk kita berempat”, pelawa Tok Wan.
“Eh, dah nak
pergi? Tidur la satu malam dekat sini dulu”, ujar Tok Wan. “Tak mengapalah
ayah, saya dengan Aleen kena ada dekat KL awal pagi esok. Jadi, kami terpaksa
bertolak sekarang”, kata abah. Afzal bersalaman serta memeluk mama dan abahnya.
Tok Wan ternyata kecewa dengan keputusan itu namun redha. “Adik jaga perangai
ok? Nanti dah habis kerja mama dengan abah datang sini”, kata-kata terakhir
mama. Dia mengucup pipi Afzal lalu menaiki Nissan Sentra abah. Kereta itu
hilang dalam pandangan.
Afzal ternyata
mati akal. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hendak bermain PSP, belum
dicas habis. Hendak menonton tv, rosak pula.
Allahuakbar
Allahuakbar! Azan maghrib telah berkumandang. Afzal masih terbaring kaku diatas
sofa. Tok Wan pula sudah bersiap untuk ke masjid. “Afzal, bangun nak. Tak baik
baring waktu azan. Nanti berat jenazah kelak”, nasihat Tok Wan. Afzal pun
segera bangun dari sofa dan mengambil posisi duduk. “Mari kita solat di masjid
ya”, kata Tok Wan ringkas. Afzal terpinga-pinga duduk di sofa.
“Afzal, kenapa
ni? Marilah. Maghrib ni singkat saja”
“Err Tok Wan,
sebenarnya….”
“Sebenarnya
apa?”
“Sebenarnya
Afzal tak tahu macam mana nak solat”
“Astaghfirullahalazim…”
Tok Wan menepuk
dahinya tanda terkejut. Beliau tidak sangka anak muda berusia 14 tahun itu
masih tidak tahu bagaimana untuk menunaikan solat. Afzal pula hanya senyum
sinis. Mukanya merah tanda malu. “Tak mengapalah nak. Mari ikut Tok Wan ke
masjid. Nanti kau ikut saja Tok Wan buat apa”, kata Tok Wan sambil
menepuk-nepuk belakang Afzal. Afzal hanya tunduk tanda setuju.
Afzal dan Tok
Wan menapak ke masjid yang tidak jauh dari rumah. Deruman motor melangkaui
pemikiran Afzal. “Kenapa kita tak pergi masjid naik motor saja?”, kata Afzal
selepas membisu seketika. Tok Wan pun tersenyum.
“Tahukah Afzal
bahawa satu langkah ke masjid akan memberikan kita 27 ganjaran pahala? Langkah
kita juga turut diiringi oleh para malaikat, insha Allah”, kata Tok Wan.
“Oh, pahala tu
apa pulak?”
“Subahanallah…
(pahala pun dia tak tahu?)”
-Tamat
Bahagian 2-
No comments:
Post a Comment