Mendengar luahan
hati Tok Wan memberi kesedaran kepada Afzal. Dia akui apa yang diperkatakan
oleh Tok Wan itu sememangnya benar. Filem-filem masa kini banyak berunsurkan
hedonisme, sehinggakan Afzal sendiri terkena wabak itu. Dalam filem Hollywood
pula, ada yang berunsur lucah. Adakah dengan cara itu kita mahu mendidik anak
bangsa? Memang di Malaysia tiada filem macam tu. Tapi mereka boleh juga
mengakses internet dan tonton.
“Kamu mungkin
tak tahu banyak tentang budaya atau lumrah hidup dekat Malaysia ni Afzal. Tapi
dunia dah semakin tua. Bumi semakin haus. Sekarang ni, gejala sosial sangat
teruk. Dah buat zina, buang anak lagi. Berkali-kali ganda dosa. Masha Allah”.
Tok Wan seolah-olah dapat membaca fikiran Afzal. Dia tahu apa yang cucunya itu
sedang fikirkan.
Afzal bangun
dari tempat duduk. Sambil mencuci tangan, kata-kata Tok Wan tadi masih bermain
dalam fikirannya. Dia berasa simpati dengan Tok Wan. Wayang kulit merupakan
sebahagian daripada hidup Encik Ahmad sekeluarga. Puan Aleen, mama Afzal
sendiri pun mempunyai kenangan tersendiri bersama wayang kulit.
“Tok Wan, apa
kata kita buat satu pementasan wayang kulit dekat kampung ni?” Afzal bersuara
secara tiba-tiba. Tok Wan yang sedang menghirup air oren tersedak. Beliau
ketawa mendengar cadangan anak muda itu. “Rasanya tak akan ada orang nak
tengok. Kalau ada pun, mungkin 2 atau 3 orang je”. “Belum cuba belum tahu Tok
Wan. Afzal boleh jadi anak dalang kalau itu yang Tok Wan mahu” yakini Afzal.
Wajah persis
Puan Aleen itu merenung Tok Wan. “Bukan Tok Wan tak bagi, tapi masalahnya bukan
mudah nak jadi anak dalang. Kalau kau tahu main rebab ke, gamelan ke, boleh la
Tok Wan pertimbangkan” jelas Tok Wan. Afzal berasa kecewa dengan jawapan Tok
Wan. Dia terlalu mengambil mudah peranan anak dalang tanpa mengetahui lanjut.
Tok Wan menghampiri Afzal lalu memegang bahunya. “Tok Wan tahu apa yang kau
fikirkan. Tapi wayang kulit ni tak boleh dilakukan kalau kemahiran tak mencukupi”.
Bunyi enjin
kereta kedengaran menghampiri perkarangan rumah Tok Wan. Mereka berdua melihat
dari tingkap. Kereta Nissan Sentra putih diparkir dalam garaj. Mama dan abah
Afzal sudah pulang dari kota metropolitan.
Afzal menyambut
kedua ibu bapanya dengan bersalaman serta berpelukan mesra sementara Tok Wan
hanya memerhatikan dari ruang tamu. “Mama, kita dah nak balik ke?” kata Afzal
dengan muka sepuluh sen. “Esok kita balik sayang. Kenapa ni? Dah suka duduk
kampung pulak?” mama memandang dengan hairan. “Eh, bukanlah. Adik sebenarnya
ada satu permintaan sebelum kita balik”
“Apa dia
sayang?”
“Mama boleh tak
jadi anak dalang?”
Puan Aleen
terkedu.
-Tamat Bahagian 6-
1 comment:
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة مكافحة الصراصير بعنك
Post a Comment