Kini empat
penjuru berpandangan antara satu sama lain. Puan Aleen memandang Tok Wan, Tok
Wan melihat Afzal, dan abah memandang mereka bertiga. Ternyata Puan Aleen
terkejut dengan permintaan Afzal. Kali terakhir dia menjadi anak dalang ialah
pada usia 11 tahun. Kini, Puan Aleen sudah berumur 44 tahun. “Afzal, mama tak
boleh. Dah terlalu lama mama tinggalkan semua ni” terang mama. Afzal tidak mahu
berganjak. Dia masih berusaha memujuk mama untuk memenuhi permintaannya.
“Mama, jomlah.
Kita buat yang terakhir sebelum balik UK. Bila lagi mama nak tunjuk adik bakat
mama? Selama ni mama tak pernah bagitahu adik semua tentang Islam dan Melayu.
Adik tak nak jadi orang Islam sekadar pada nama, Melayu entah kemana. Adik dah
tulis idea untuk pementasan wayang kulit. Tok Wan pun dah bersetuju untuk buat
sekali lagi” kata Afzal dengan lantang. “Tapi, mama tak yakin..” “Mama, please. Kali ni je. Adik teringin sangat
nak tengok wayang kulit. Adik akan pastikan wayang kita akan pecah panggung
berbanding sinema”.
Puan Aleen hanya
mampu terdiam. Beliau masuk kedalam rumah untuk berfikir sejenak. Dalam hati
kecilnya, tidak sampai hati untuk menolak permintaan anak bongsunya. Lagipun,
permintaan itu bukanlah keterlaluan. Tok Wan menghampiri anaknya. Beliau merenung
wajah Aleen yang ternyata buntu untuk membuat keputusan. “Takpa Aleen, ayah
yakin kau boleh buat. Kabulkanlah hajat Afzal tu. Bila lagi dia nak belajar
tradisi kita?” kata Tok Wan dengan tenang.
Afzal duduk
disebelah mamanya. Belum sempat dia membuka mulut, Puan Aleen sudah mengangguk
dan melemparkan senyuman. Afzal yang ternyata gembira terus memeluk mama dengan
erat sambil membisikkan ucapan terima kasih. Ketika mereka berborak, telefon
bimbin mama berdering. Mama bangun meninggalkan Afzal dan Tok Wan untuk
menjawab panggilan.
“Afzal, apa idea
kau sebenarnya?”
“Err, sebenarnya
Afzal tak ada idea apa-apa pun. Cakap dekat mama macam tu tadi untuk yakinkan
dia je”
“Alahai budak
ni….suka bikin aku pening”
***
Seperti yang
telah dihebohkan, pementasan wayang kulit Kampung Kelapa Hijau pimpinan dalang
terkenal, Encik Ahmad akan berlangsung dalam masa beberapa minit lagi.
Persembahan pertama beliau sejak sekian lama berlangsung di dewan serbaguna
kampung itu. Rata-rata yang menghadiri adalah ‘orang lama’ yang seangkatan
dengan Tok Wan. Tak kurang juga anak-anak muda serta beberapa orang pelancong
juga kelihatan.
Puan Aleen
melihat penonton dari belakang tirai. “Well,
this is it.” Semua canang dan gong telah disusun dengan rapi. Beliau masih
resah akan kemampuan dirinya disebabkan masa yang cukup singkat untuk berlatih.
Gong di bunyikan.
Dewan yang terang tadi kini menjadi gelap, yang tinggal hanyalah lampu disebalik kain rentang atas pentas. Hero
melakukan tarian ‘gedek’nya disusuli paluan gedombak.
“Masa berganti
masa. Zaman kian berubah. Era globalisasi yang dicari, era kemusnahan yang
menghampiri. Makin hari makin meluat melihat aksi remaja-remaja yang menghiasi
dada akhbar. Mereka mungkin bangga dengan apa yang mereka buat, tapi apa kata
ibu bapa?”
“Wahai dindaku,
lihatlah apa yang barat telah terapkan pada anak muda kita. Inikah rupa
pemimpin masa hadapan yang kita selalu sebut? Dengan rempit, seks bebas, pil
kuda.. apakah erti semua ini? Kita tidak mahu Islam dipersalahkan kerana kes
ini. Kita jugatidak mahu melihat Melayu terus mundur seterusnya hilang di muka
dunia.”
Heroin masuk
memberi hujahnya. “Hai kakanda, dinda juga kecewa dengan sikap mereka. Terlalu
keterlaluan. Namun,ibu bapa juga bersalah dalam soal ini. Mereka tidak memantau
malah memberikan kebebasan sepenuhnya untuk berhibur. Hedonisme menjadi virus
yang semakin menular dalam kalangan remaja.”
“Kita juga tidak
harus biarkan bangsa kita diporak perandakan dengan propaganda barat. Apabila
Melayu bergaduh dengan Melayu, bangsa lain bertepuk tangan. Bukan nak bangkitkan
isu perkauman, tapi inilah realiti. Jangan sampai Islam entah kemana, Melayu
entah kemana.” Koboi mencelah dengan hujah yang ternyata membuka minda semua
penonton.
Ternyata
pementasan wayang kulit oleh Tok Dalang Encik Ahmad memberi kesan yang sungguh
mendalam. Semua penonton berdiri sambil memberi tepukan gemuruh kepada keluarga
Encik Ahmad. Tok Wan melemparkan senyuman sambil menunjukkan isyarat bagus
kepada Puan Aleen yang juga anak dalang serta Afzal yang turut membantu. “Hari ni
hari yang paling bahagia untuk Tok Wan. Terima kasih Aleen. Ayah tak kisah
bagus atau tidak, yang penting mesej tu sampai. Terima kasih juga Afzal sebab
kalau Afzal tak fikirkan pasal ni, wayang kulit dekat tempat kita hanya sejarah.”
Tok Wan menitiskan air mata yang bercampur baur disebaliknya.
***
Setelah seminggu
berada di kampung, tiba masanya untuk Afzal sekeluarga pulang ke UK. Hari pertama
yang bermula dengan hambar bertukar menjadi sebuah minggu yang penuh bermakna.
Ternyata banyak ilmu dan pengalaman yang telah mengajar Afzal. Sebelum mereka
pulang, Tok Wan menghadiahkan Afzal Hero, Heroin dan Koboi. “Anggaplah Hero ini
abah, Heroin itu mama dan Koboi ini Afzal. Tok Wan pasti akan merindui kau.
Jangan lupakan Tok Wan ya?” Tok Wan memeluk erat Afzal sebelum dia masuk ke
dalam Nissan Sentra abah. Tok Wan melambai-lamai mereka sebelum kereta hilang
dari pandangan. Kini hanya masa yang menentukan pertemuan seterus mereka…
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment